Thursday, January 8, 2009

Sambungan Untuk.. Kenapa Pemandu Di Malaysia Cepat Marah

1) Saya dapati keaadan jalan di sepanjang laluan dari Raub ke K.Lipis sudah agak baik setelah kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut siap baru-baru ini.Tapi saya agak terkilan dengan had laju maksima yang dibenarkan dibeberapa tempat tertentu. Contohnya bagi laluan bermula selepas Bandar Raub sehingga ke simpang berhampiran Sek Men Sains Raub hadlaju maksima hanya 50km/j, sedangkan jalan tersebut menpunyai 4 lorong walaupun sedikit berbukit.Selepas itu had laju yang dibenarkan adalah campuran 90km/j dan 60km/j. Saya tidak ada masaalah untuk melihat papan tanda peringatan had laju 60km/j dan 90km/j tetapi bermasaalah untuk mengetahui dimana tempat tamatnya had laju 90km/j dan 60km/j tersebut kerana papan tanda tamat had laju berkenaan tidak dipasang dengan jelas atau tidak dipasang di tempat yang sepatutnya.
Saya amati sikap sebilangan pemandu kenderaan berat seperti bus dan lori juga boleh menyumbangkan kepada kesabaran pemandu kenderaan lain terhakis. Apa tidaknya! ada Pemandu kenderaan berat itu mengekori satu sama lain dengan jarak yang dekat menyebabkan pemandu kereta terpaksa mengekori mereka berbatu-batu sebelum dapat memotong deretan mereka.Adakala dilaluan mendaki dua lorong pula pemandu kenderaan berat itu memandu perlahan kenderaan mereka di lorong kanan yang dikhaskan untuk kenderaan laju.

2) Bagi Laluan dari K.Lipis-Gua Musang-K.Krai-Macang keadaan jalan persekutuan ini agak selesa hanya di beberapa tempat tertentu masih perlu ditambah Lorong Mendaki.Aliran lalulintas di kawasan yang berbukit/bercerun tertentu yang tiada lorong memotong saya dapati banyak kenderaan berat yang melengahkan aliran kenderaan lain malah ada yang menyebabkan kesesakkan terutama ketika mendaki dan ketika di puncak. Dicadangkan supaya pehak berkuasa dapat mengkaji aliran lalu lintas di tempat2 berbukit dan bercerun untuk menambahkan/mengadakan satu lorong mendaki dan mengurangkan selekoh bagi lorong menurun yang berliku. Pembinaan dan penambahbaikkan lorong2 ini dapat melancarkan aliran lalulintas dan mengurangkan resiko kemalangan.

3) Di sepanjang laluan dari K.Krai-Macang-K.Bharu kesabaran pemanduan saya sekali sekala tercabar dengan sikap rakan pemandu lain.Banyak pemandu di laluan ini memandu dengan perlahan walaupun di kawasan had laju 90km/j. Ada pula antara mereka terutama kereta sewa yang berhenti secara tiba2 sesuka hati tanpa memberi signal. Tidak hairanlah kalau ada pemandu yang sudahpun lama memandu jarak jauk dari Pahang/K.Lumpur yang hilang kesabaran mereka dan memotong kenderaan yang dipandu perlahan itu di Garisan Berkembar.Tambah pula Garisan Berkembar ditandakan dikebanyakkan tempat walaupun di laluan jalan yang lurus dan lebar(had laju dan tanda jalan ini pun perlu dikaji semula terutama bagi laluan K.Krai-Macang-K.Bharu).

Pengamatan saya disepanjang perjalanan selama 8 jam itu:

a) Faktor utama kemalangan jalanraya adalah kerana sikap pengguna jalanraya bukannya kecekapan pengguna jalaraya. Sikap cuai, memandu tanpa mengira perasaan pemandu lain, memandu secara terburu2, menunjuk2, keganasan jalanraya, tidak menghargai nyawa dan melayan nafsu sendiri.

b) Pehak berkuasa sepatutnya lebih banyak mengadakan operasi di Jalan Persekutuan dan negeri berbanding L/Raya dengan cara terbuka, bukan seperti sekarang secara bersembunyi membuat perangkap laju sahaja.

c) Pehak berkuasa perlu mengubah sikap pengguna jalanraya bukan sahaja melalui kempen, malah perbaiki sikap ini melalui pendidikan, perundangan, penyelidikan dan pengurasan jalanraya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum encik jurutera pencen,
    Saya setuju dengan rencana ini.Saya berharap pelbagai-bagai lagi perubahan yang dapat dilaksanakan oleh pihak tertentu untuk membetulkan apa yang di lakukan ini agar mejadikan ia lebih baik lagi dari sedia kala.
    Sekian.

    Usaha jurutera pecen ini mesti lah di sokong.Sukar untuk menemui blog seperti ini.

    ReplyDelete
  2. salam tuan Ir pencen...
    saya nak cadangkan... semua jenis kenderaan di selaraskan had lajunya... kalau lebih saman maksimum kecuali kecemasan

    ReplyDelete