Tuesday, January 13, 2009

Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Bagi Penumpang Belakang Kereta - Kenapa Secara Terpilih?

1) Penguatkuasaan pemakaian Tali Pinggang bagi Penumpang Belakang kereta-kereta persendirian yang berdaftar di Malaysia telah dikuatkuasakan pada 1hb Januari 2009 yang lalu kecuali bagi semua kereta yang berdaftar sebelum tahun 1995.Pengecualian ini juga diberikan kepada semua kereta yang berdaftar dari Negara jiran yang dipandukan di sini.

2) Saya difahamkan yang keputusan mewajibkan pemakaian Tali Pinggang untuk penumpang belakang ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pehak berkuasa sebelum ini, ianya dikatakan boleh mengurangkan resiko kecederaan parah kepada penumpang tersebut.

3) Pada hari pertama sahaja sudah beratus pengguna telah disaman dan jika sabit kesalahan ianya boleh didenda dengan denda maksimum sebanyak RM300.00. Saya tidak pasti sehingga kini sudah berapa ribu pengguna yang telah disaman dan berapa pula jumlah denda dikutip kerana ianya tidak lagi diwarwarkan.

4) Beberapa pertanyaan yang sering bermain di kepala saya, kenapa penguatkuasaannya secara terpilih.Kalau belum bersedia kenapa sudah dimulakan?.

a) Kalau kajian sudah dibuat yang pemakaian tali pinggang boleh mengurangkan resiko kecederaan parah kepada penumpang belakang, kenapa dikecualikan kepada kereta yang berdaftar sebelum 1995 dan kereta dari negara jiran yang digunakan disini?.kenapa tidak juga mewajibkan semua kereta yang berdaftar di sini sebelum 1995 memasangkan tali pinggang belakang untuk kereta masing-masing? sebelum undang-undang ini diguna pakai?.Saya percaya masih banyak lagi kereta-kereta yang berdaftar dalam tahun 70an dan 80an yang masih berada dijalanraya terutama di jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri dan di luar bandar.

5) Saya dapati banyak lagi kereta-kereta lama seperti Datsun, Toyota dan Mercedes yang masih dibenarkan diguna sebagai kereta sewa dan teksi terutama di negeri-negeri Pantai Timur Apakah kereta ini tidak menpunyai resiko kemalangan?.

1 comment: