Tuesday, January 20, 2009

Kelembaban Ekonomi Global..Adakah Kerajaan Dan Rakyat Sudah Bersedia.

1) Kebanyakan rakyat di Malaysia pada masa ini masih lagi tidak mengambil kisah dan belum bersedia untuk menghadapi kesan kelembaban ekonomi yang kini menyerang semua negara secara global tanpa mengira sempadan geograpi. Sikap tidak kisah rakyat ini mungkin boleh membawa kesan yang sukar diubati jika mereka tidak disedarkan dari sekarang terutama oleh pehak kerajaan sendiri.Kerajaan hendaklah lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan ekonomi semasa negara. Kenyataan dari pemimpin kerajaan yang selalu melagukan kenyataan berlapik dan berpolitik yang Malaysia boleh menangani kesan kelembaban ini dengan cara kita sendiri dan negara kita hanya menerima kesan yang sangat minima. Kerajaan sepatutnya sudah bersedia meneliti butiran kedudukkan ekonomi semasa dan ramalan hadapan yang sebenar tanpa menyembunyikan fakta.Bersedia dengan langkah yang sepatutnya bukan sekadar mengeluarkan kenyataan politik tanpa menyebaran maklumat yang betul. Semua pehak perlu memikirkan dan bergabung tenaga mencari jalan penyelesaianya.Mengatur strategi dan pelan-pelan penyelesaian untuk menghadapi sunami kelembaban ekonomi yang sedang melanda kini.

2) Kenyataan dari Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang menjangkakan lebih dari 200,000 pekerja di Malaysia akan hilang pekerjaan mereka pada tahun ini kesan dari penutupan perniagaan atau pengecilan operasi pengeluaran. Manakala Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM) mendakwa pembuangan pekerja akan berlaku secara besar-besaran dalam industri perkilangan negara ini jika harga Gas dan Tarif Elektrik dikekalkan dengan kadar semasa.

3) Mengikut sumber Kementerian Sumber Manusia sebelum ini 14,000 pekerja dari syarikat yang berpengkalan di US telah pun diberhentikan dan 45,000 pekerja lagi akan hilang perkerjaan mereka tidak lama lagi. Kedudukan ini lebih parah lagi dengan kepulangan berpuloh ribu pekerja kita dari luar negara yang juga telah kehilangan perkerjaan mereka angkara kelembaban ekonomi di negara tempat mereka berkerja.

4) Kehadiran lebih dari 2.3 juta pekerja asing dalam pelbagai sektor terutama dalam Sektor Perladangan, Pembinaan dan Perindustrian menambahkan lagi kegawatan ini. Setiap tahun negara hanya dapat menyediakan purata 252,600 perkerjaan baru dan lebih 40% telah diisi oleh pekerjaan asing.

5) Dalam situasi sekarang, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen perlu lebih bertegas keatas majikan yang mengingkari undang-undang berkaitan pengendalian pekerja asing ini. Pekerja asing peringkat bawahan seharusnya diberhentikan terlebih dahulu bukannya pekerja tempatan dalam peroses pengurangan pekerja dan pengecilan operasi syarikat. Pekerja asing yang diberhentikan mesti pulang kenegara masing-masing dan kos penghantaran pulang hendaklah ditanggung majikan tempat mereka berkerja kalau diberhentikan sebelum permit kerja tamat. Pehak kerajaan mesti bertegas dalam penguatkuasaan undang ini jangan hanya sekadar memberi amaran untuk mendakwa tanpa tindakan susulan sebenar.

6) Sekiranya andaian pehak MEF benar-benar berlaku, kita mengjangkakan 60% dari 2.3 juta pekerja asing tersebut akan kehilangan pekerjaan. Terutama pekerja bawahan dari Indonesia, Myamar, Nepal, Bangladeh dan Pakistan. Pekerja asing yang kehilangan pekerjaan ini mesti pulang kenegara asal masing-masing dan jangan biarkan mereka tinggal dan mencari peluang pekerjaan lain di sini lagi dalam tempoh kelembaban ini. Semua peluang dan kekosongan kerja baru yang ada hendaklah diisi oleh perkerja tempatan.

7) Dalam persekitaran yang menuntut perbelanjaan yang tinggi seperti hari ini, kehilangan punca pendapatan bukanlah satu keadaan yang mudah untuk dihadapi.Tekanan ini mendorong sesaorang untuk melakukan jenayah.Samaada rakyat tempatan maupun pendatang asing, mereka mudah terdorong untuk melakukan jenayah demi sesuap nasi. Kadar jenazah bakal meningkat terutama jenayah pecah rumah, ragut dan rompak kalau keaadan ini tidak ditangani segera.

8) Bagi mengelakkan sektor industri terutama Industri Berat seperti Keluli, Petrokimia, Seramik,Elektronik dan Kaca menutup kilang mereka dan memberhentikan perkerja untuk mengurangkan kos operasi, Pehak ACCIM mencadangkan supaya kerajaan mengkaji dan menurunkan kembali kadar Tarif Elektrik dan harga Gas. Mengikut pehak ACCIM kos penggunaanTenaga Elektrik dan Gas yang dikenakan sekarang sudah tidak boleh ditanggung lagi oleh pehak industri berat. Mereka sanggup menutup operasi mereka dan pembuangan pekerja tidak dapat dielakkan lagi jika pehak kerajaan tidak menurunkan harga gas dan kadar tarif yang ada sekarang.

9) Kerajaan pula kalau menurunkan harga Gas dan Tarif Elektrik terpaksa membayar pampasan kepada TNB dan Petronas. TNB juga menghadapi masaalah sendiri kerana pengukuhan Nilai Yen dan Dolar US ketika ini.Pengukuhan nilai mata wang Yen dan US memberikan kesan langsung kepada kenaikkan kos operasi TNB. Kontrak TNB membeli bahan api Arang Batu dengan harga US$110/tan(kini harga bahan api ini telah turun dibawah US$80/tan). Harga saham TNB di KLSE juga telah jatuh merudun kepada RM6.05 berbanding RM12.00 pada tahun lepas. Bagi Petronas pula, agak sukar bagi mereka nenurunkan harga Gas kerana harga Gas dipasaran dunia ketika ini masih kukuh.

10) Kerajaan hendaklah menyelesaikan masaaalah ini dengan bijak walaupun dalam keadaan ditelan mati emak dibuang mati ayah. Kalau tidak menurunkan kos bahan api pehak industeri akan menutup operasi dan ekorannya banyak pekerja akan kehilangan punca pendapatan dan seterusnya menimbulkan berbagai masaalah gejala sosial dan jenayah. Kalau menurunkan tarif dan kos bahan api, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada TNB dan Petronas.BERTINDAKLAH DENGAN BIJAK DARI SEKARANG.

1 comment:

  1. thanks mate.hope more to come bout our economy probs like this blog.since nothing to be reveal in our newspaper on how our country's economy doing.

    ReplyDelete