Wednesday, January 7, 2009

Kenapa pemandu di negara ini jadi kurang sabar dan pemarah.

1. Pada akhir tahun 2008 yang lalu, saya memandu pulang ke Kota Bharu dari Nilai N.Sembilan sempena cuti Hari Krismas dan Awal Muharam. Saya memandu kereta Volvo S90 Royal Executive 3000cc bersama keluarga dengan melalui beberapa Lebuhraya, Jalan Persekutuan, Jalan Perbandaran dan juga Jalan Negeri .Saya sudah agak lama tidak memandu kereta pulang ke Kelantan walaupun sering memandu ke Selatan dan ke utara semenanjung menggunakan Lebuhraya Plus.

2. Perjalanan yang dimulakan selepas subuh dari Nilai, melalui Jalan Perbandaran Nilai menuju ke Pekan Salak Tinggi dan kemudian Jalan Negeri melalui Kg. Jenderam Hilir, Kg. Sungai Merak sebelum tiba di Bandar Pentadbiran Negara, Putrajaya. Sepanjang perjalanan itu hujan agak lebat dan masih gelap walaupun jam sudah 6 pagi .Kesabaran saya sudahpun mula diuji walaupun jarak perjalanan baru sahaja 25km.
Jalan Jenderam Hilir itu agak sempit dan berliku dan kebanyakan ditandakan dengan garisan berkembar menandakan tidak boleh memotong (termasuk juga dimana di kawasan jalan yang agak lurus) sedangkan had lajunya 90km/j. Ujian kesabaran saya ialah

a) Saya dapati beberapa pemandu yang memandu kereta kecil di bawah 1300cc memotong kereta saya secara berbahaya di garisan berkembar walaupun ketika itu saya memandu 90km/j

b) Diketika yang lain,saya mengekori sejauh hampir 2km beberapa buah kenderaan yang memandu amat perlahan di kawasan had laju 90km/j.

c) Saya juga dapati beberapa motorsikal yang ditunggang, lampu belakangnya tidak menyala dan ada juga yang kedua2 lampu belakang dan depan tidak menyala.atau sengaja tidak dinyalakan. Saya dapati juga pemandu yang memandu kereta mereka yang lampu depan dan belakang hanya satu sahaja yang menyala.

d) Had laju dibenarkan di Jalan menghala ke Putrajaya dari Pintu (tiada no?) berhampiran Sekolah Menengah Teknik Sepang sehingga ke Persint 1 hanya 70km/j walaupun jalan itu sunyi, lurus dan menpunyai 4 lorong sedangkan di kawasan kg Jenderam dan Kg Sg Merak had laju maksimanya 90km/j walaupun jalan itu sempit. dan berliku.

3. Dari Putrajaya saya menghala ke Cyberjaya untuk menggunakan Lebuhraya Putrajaya-KL(Maju Holding) dan Kesas/MRR2 dan seterusnya Lebuhraya Karak (MTD) menuju ke Bentung,Pahang..Pertanyaan bermain di kepala :

a) Kenapa had laju maksima Lebuhraya kita berbeza?. Plus (110km/j) L/Raya Maju yang elok sunyi dan luas dan juga L/Raya Karak hanya 90km/j.

b) Siapa yang menentukan had laju maksima di Lebuhraya kita?. Pihak pemaju masing2 atau Majlis Keselamatan Jalanraya? atau PBT?

4) Dari Bandar Bentung saya menggunakan Jalan Persekutuan melalui Bandar Raub-Lipis-Gua Musang-K.Krai-Macang seterusnya ke K.Bharu dengan memakan masa lebih 8 jam bagi Jarak hampir 500km termasuk waktu rehat di R&R gua Musang. Satu perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan kalau tidak dicemari oleh sikap tidak berhemah sebilangan kecil rakan pemandu lain, keadaan rekabentuk dan penyelenggaran jalan di beberapa tempat yang perlu dibaiktambah dan had laju maksima dan tanda jalan yang pada hemat saya juga perlu dikaji semula sejajar dengan pembesaran dan perlebaran jalan-jalan tersebut.

Bersambung………..

No comments:

Post a Comment