Friday, February 27, 2009

Kenaikkan Kadar Tol Bagi 5 Lebuhraya-BN nak Bunuh Diri?

1) Ketika kebanyakkan rakyat sedang menderita dengan kesukaran dan kepayahan mencari nafkah untuk hidup, Pak Menteri dengan senyum lebar mengumumkan kadar bayaran untuk 5 lebuhraya akan dinaikkan berkuatkuasa 1 mac nanti.

2) Dengan pengumuman tersebut, menguatkan lagi telahan rakyat yang kerajaan BN hari ini tidak peka dengan keadaan ekonomi global semasa malah tidak mahu menjadikan agenda pemulihan ekonomi negara sebagai satu keutamaan.Kerajaan dan juga pembangkang masih lagi mengutamakan isu2 politik dan kepentingan kumpulan minoriti peniaga besar sahaja berbanding dengan penyelesaian ekonomi rakyat terbanyak secara menyeluruh.

3) Kita harap pengumuman kenaikkan kadar tol ini tidak akan menjadi sejata makan tuan bagi BN.Dengan PRK bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau bulan depan, nampaknya pengumuman ini seolah-olah BN sedang merancang untuk membunuh diri sebelum dibunuh lawan.

4) Kerajaan BN mengumumkan yang kerajaan tidak bolih berbuat apa2 melainkan dengan menaikkan kadar tol ini atau membayar pampasan beratus juta kepada pemilik konsesi,kerana ianya sudah termaktub dalam perjanjian konsesi dengan pemilik Lebuhraya tersebut.

5) Untuk makluman kerajaan, hanya QURAN sahaja yang tidak bolih diubah!!. Kenapa perjanjian konsesi ini tidak dikaji semula dalam keadaan semasa yang sedang gawat ini?. Lagi pun pemilik konsesi Lebuhraya2 tersebut adalah syarikat2 GLC dan badan2 milik kerajaan sendiri walaupun ianya disenaraikan di Bursa Malaysia.

6) Kenapa cara Kerajaan BN hari ini masih lagi memerintah dan membuat keputusan dengan gaya pemerintahan selama 50 tahun yang lampau dan menganggapkan apa yang disuapkan kepada rakyat akan ditelan semuanya.Rakyat Malaysia hari ini sudah ramai yang bijak malah lebih bijak dari kalangan pak menteri sendiri .Setiap keputusan dan langkah kerajaan sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat.Rakyat dengan mudah dapat membaca setiap keputusan yang dibuat dan alasan-alasan yang diberi olih kerajaan baik yang tersurat maupun yang tersirat samaada untuk kebaikkan rakyat terbanyak atau untuk kepentingan siapa?.

7) Kepada kerajaan BN, bertindaklah segara sebelum terlambat kalau mahu hidup memerintah lagi. Bertindaklah dengan bijak dalam membuat keputusan dan keutamaan mengikut kesesuaian, cara,tempat dan masa di alah Melinium ini.

Thursday, February 5, 2009

PKR Merancang BN Yang Mendapat

1) Semua orang kampung dah tahu!!. YB DSAI selama ini yang mencanang dan telahpun kehulu kehilir menguar-uarkan yang beliau sudah mendapat sokongan sejumlah MP dari BN untuk melompat kepada parti PKR, cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai sahaja untuk diumumkan.Masa dan ketika yang dijanjikan telah berubah ubah masih lagi ditunggu semua. Rata rata pemimpin dalam PKR dengan megahnya menyokong tindakan YB DSAI dalam usaha memujuk MP dari BN untuk melompat parti tanpa menpersoalkan isu intergriti atau perinsip demokrasi.

2) Kenapa PKR dan pemimpin2nya gelabah dan baru hendak mempersoalkan mengenai maruah dan perinsip apabila terkena batang hidung sendiri?. Bila ADUN Pakatan Rakyat, Perak keluar dari parti dan menyokong BN baru hendak mengadah?.

3) BN dituduh merompak ADUN PKR bila ADUN PKR itu telah menukar haluan menyokong BN dan menuduh BN tidak bermaruah kerana menerima mereka.PKR telah lupa yang PKRlah yang beria-ia sebelum ini mengatur strategi yang serupa.

4) Kenapa mengelabah bila rusa yang dijerat tak dapat, kijang dikurungan terlepas lari?.