Thursday, May 7, 2009

Perkhidmatan Terbuka Untuk Pegawai Tinggi Awam,GLC Dan Swasta.

1) Baru-baru ini YAB Perdana Menteri DS Najib ada menyuarakan yang kerajaan berhasrat untuk membuka Jawatan Utama Sektor Awam kepada cerdik pandai Rakyat Malaysia yang cemerlang bagi meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan dalam sektor awam.Sudah sampai masanya Jawatan Utama dan Ketua Jabatan dalam Sektor Awam (Persekutuan atau negeri), Badan Berkanun dan Kerajaan Tempatan dibuka juga kepada pegawai profesional dan iktisas lain, selain dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

2) Pada masa ini Jawatan Datuk Bandar,YDP dan Timbalan YDP bagi Bandaraya,Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah hanya dimonopoli olih Pegawai PTD sahaja.Sudah tiba masanya jawatan tersebut juga dibuka kepada pegawai profesional lain saperti Jurutera, Akitek, Jurukur,Jurunilai, Pegawai Perancang Bandar atau Pegawai undang-undang.Pada masa lalu kebanyakkan pegawai profesional dalam perkhidmatan Kerajaan Tempatan dan Badan Berkanun, walau cemerlang macam mana pun hanya akan berpencen sebagai pengarah di bahagian atau di jabatan masing2 tanpa di beri peluang untuk naik ke jawantan tertinggi seperti Datuk Bandar, YDP dan Ketua Pengarah Jabatan.

3) Tidak hairanlah ramai pegawai Profesional yang cemerlang seperti Jurutera, doktor,Akitek,Pegawai Perancang,Akauntan dan Peguam meninggalkan perkhidmatan mereka dalam kerajaan kerana mereka sudah nampak laluan kepuncak telah pun ditutup untuk mereka.

4) Bagi Jawatan KSU dan TKSU di Kementerian seperti Kementerian Kerjaraya,Pendidikan Tinggi,Pelajaran dan kesihatan bukalah juga peluang kepada Pegawai Profesional di Kementerian yang berkaitan untuk menjawatnya.Apakata KSU di Kementerian Pengajian Tinggi ditawarkan juga kepada Pegawai cermerlang dari Universiti atau dari JPT.KSU Kementerian Kerjaraya juga diberikan kepada Pegawai Cemerlang dari JKR dan KSU Kem Kesihatan ditawarkan juga kepada pegawai kesihatan samada dari Kementerian kesihatan,dari Fakulti Perubatan di Universiti2 atau kepada pengamal perubatan terkemuka dari sektor swasta.

5) Kita yakin Pegawai profesional bolih menerajui Kementerian atau Kerajaan Tempatan atau Badan Berkanun dengan cekap berdasarkan kepada kejayaan mereka dalam mengendalikan syarikat GLC dengan cemerlang.Cuba kita bandingkan syarikat kerajaan dan GLC yang diterajui oleh pegawai profesional dengan pejabat Daerah dan Tanah yang dikendalikan olih PTD atau Pegawai Perkhidmatan Negeri.Pengalaman anda semua dalam berurusan dengan pehak kerajaan tempatan,pejabat Tanah atau pejabat Daerah akan memberi jawapannya dengan sendiri.

No comments:

Post a Comment