Thursday, April 2, 2009

Kelewatan Pembinaan Projek-Projek Kerajaan Kenapa Hanya Kontraktor Dipersalahkan?

1) Kita selalu diuar-uarkan yang projek A lewat kerana kontraktor salah urus, projek B pula terbengkalai kerana kontraktor tidak cukup wang dan tiada pengalaman manakala projek C tertangguh kerana kontraktor telah lari.Banyak lagi tomohan-tomohan nagetif dengan hanya menyalahkan kepada kontraktor bagi sesuatu projek khasnya projek-projek kerajaan yang terlewat disiapkan.Jarang sekali kita dengar jawapan balas dari kontraktor seolah-olah mengiakan sahaja segala tuduhan ke atas mereka.

2) Kebanyakkan kontraktor terutama kontraktor berkelas kecil tidak menjawab tuduhan yang dilimparkan ke atas mereka secara terbuka kerana jika berbuat demikian berbagai tekanan akan mereka terima malah akan merumitkan lagi keadaan.Mereka lebih suka menjawab tuduhan yang dilimparkan itu secara tertutup kerana banyak hati yang perlu dijaga demi masa depan mereka dalam industri ini.

3) Tidak dinafikan ada projek yang terbengkalai kerana kecuaian kontraktor tapi adakah kita diumumkan secara telus apakah jenis dan siapa kontarktor tersebut.Masaalahnya banyak juga kontraktor di negara ini yang lahir dalam masa semalaman,mendapat lesen segera dan dianugerahkan projek besar secara rekabina dan runding terus.Akhirnya menyerahkan pelaksanaan projek kepada pihak lain dan tidak hairanlah kalau projek itu bermasaalah.
4) Kadangkala ada pula kes kontraktor itu berwibawa tetapi dengan adanya jalinan kabel yang kuat dengan pihak berkuasa,mereka mendapat banyak projek dalam sesuatu masa.Dengan longgokan kerja yang terlalu banyak dan melebihi kapasiti dan kemampuannya akan menimbulkan masaalah.

4) Dakwaan menyatakan kelewatan sesuatu projek disiapkan kerana kontraktor tidak cekap bukan semuanya betul.Kita harus akui pihak berkuasa/kerajaan juga bersalah dalam menyebabkan kelewatan sesuatu projek tertentu.Ketelitian memilih tapak projek yang sesuai,memilih perunding yang cekap dan pengalaman,kelewatan menyerah tapak projek dan kelulusan rekabentuk adalah diluar bidang kuasa kontraktor dan ini juga punca utama kelewatan sesuatu projek.

5)Kerajaan sepatutnya menpunyai badan pemantau yang bebas dan menpunyai kuasa bertindak,menpunyai pengalaman pengurusan projek dan pengetahuan teknikal untuk membuat pemantuan pembinaan projek2 kerajaan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.Pemantuan tidak semestinya kepada kontraktor sahaja malah untuk semua pehak terlibat seperti pemilik projek,pemaju,pembiaya projek (Pay Master),pengurus projek,dan juga semua perunding projek.

6) Tempoh untuk perunding mendapat projek brief dari klien/pemilik projek,tempoh bagi perunding mendapat persetujuan Pelan Rekabentuk Awal dari pemilik, tempoh bagi perunding menyiapkan rekabentuk dan dokumen, tempoh bagi perunding mendapat kelulusan rekabentuk terperinci keseluruhan juga hendaklah dipantau dan ditentukan.Adakala tertentu tempoh untuk mendapat persetujuan pelan awal dari klien memakan masa yang lebih lama dari perunding membuat pelan tersebut.Keadaan ini lebih merumitkan lagi kalau pelan pelan tersebut adalah untuk kerja2 pindaan (VO) semasa projek yang sedang berjalan. Setiap kelewatan akan menyebabkan kos dan seterusnya mengakibatkan rantaian masaalah lain pula.

7) Dalam kes2 tertentu ada juga projek yang terbengkalai kerana pihak pemaju tidak menpunyai cukup wang.pemilik tukar pelan dan pinda rekabentuk serta fungsi kegunaan bangunan . Bila projek ditender mereka menerima bidaan yang terendah jauh lebih tinggi dari kos yang dianggarkan.Peruntukan yang mereka ada tidak mencukupi.Kadang kala ada juga kes kontraktor lambat mendapat bayaran kerja melebihi dari tempoh yang diperuntukan dalam kontrak.Sebelum ini kontraktor jarang sekali merungut secara terbuka dalam hal kelewatan mendapat bayaran ini.HANYA AWAL TAHUN INI kita dengar mahkamah mengarahkan JKR MELAKA DISITA KERANA DISAMAN OLIH SEBUAH SYARIKAT PEMBINAAN BAGI BAYARAN KERJA YANG TIDAK DITERIMANYA.
Adakah ini kesalahan kontraktor juga?

3 comments:

  1. HA HA HA, AKU SOKONG.

    PARA KONTRAKTOR NI SELALU SAJE DI JADI KAN KAMBING HITAM UNTUK MELEPASKAN TENGKUK PEMAIN POLITIK BILA TERDESAK DENGAN TUNTUTAN JANJI.

    PEMBERITA MANA YANG BERMINAT NAK INTERBIU KONTRAKTOR UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT SUSULAN, LAGI PUN APER KELAS INTERBIU KONTRAKTOR.

    SATU LAGI, KONTRAKTOR MANA YANG BERANI MENJELASKAN DUDUK POKOK SEBENAR SESUATU TUDAHAN KE ATASNYA, NAK MAKAN PASIR? LEBIH BAIK DOK DIAM-DIAM MAIN PASIR..

    ReplyDelete
  2. Betul seperti Sdra Kontraktorwibawa katakan,selalunya Kontraktor Tulin yang dijadikan Kambing Hitam.Juruterapencen diberitahu ada juga Politician's Contractors yang hanya ambil commisision dan claimed advanced Payment lari entah kemana bila projek bermasaalah.

    ReplyDelete
  3. MOHON IZIN UNTUK COPY PASTE DAN EDIT CATATAN INI DI BLOG SAYA.

    ReplyDelete