Monday, December 21, 2009

Pengalaman Pahit Menggunakan Komuter Laluan Mid Valley -Nilai

Pada Petang Hari Sabtu 19hb Dec 2009 lepas, Jurutera Pencen (JP) sekeluarga telah ke Mid Valley untuk bertemu kawan lama dari Kota Bharu yang menginap di sebuah hotel bersebelahan pusat membelibelah tersebut.
Memandangkan isteri dan anak2 menpunyai urusan sendiri petang itu, setelah menghantar JP ke Mid Valley, JP telah meminta mereka memandu kereta pulang dan JP sendiri akan pulang ke Nilai menggunakan Komuter. Lagipun sudah lama JP tidak menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Lebih kurang Jam 6 petang JP ke Hentian Komuter Mid Valley untuk pulang ke Nilai dan bermula disinilah berbagai pengalaman yang tidak selesa, sedih dan marah JP alami sebagai pengguna komuter bagi Laluan KL-Seremban.

Semasa menunggu ketibaan tren, JP dapati ramai sekali penumpang lain sedang menunggu tren ke laluan yang sama. Tren pertama datang, mereka berebut2 untuk naik walaupun masih ada lagi penumpang yang hendak turun. Sebagai seorang warga pencen JP tidak sanggup berebut untuk naik dan memutuskan untuk menunggu tren kedua dengan harapan selepas itu tidak ramai lagi penumpang berebut2.Andaian JP nampaknya meleset, setelah menunggu hampir 15 minit, bilangan penumpang baru yang datang menunggu telah kembali banyak malah lebih ramai dari sebelumnya. Sebaik sahaja tren ke-2 tiba, penumpang berebut2 lagi untuk naik, tapi kali ini tidak ramai yang turun. JP juga mencuri peluang berebut untuk naik dalam keadaan terpaksa memandangkan waktu sudah lewat petang dan sudahpun menunggu di situ hampir 30 minit.

Dalam tren JP terpaksa berdiri kerana tempat duduk sudah dipenuhi olih penumpang yang naik dari stesen terdahulu sebelum Mid Valley. Kebanyakan penumpang adalah Pendatang Asing berbagai warna dari pelbagai Negara. JP percaya mereka adalah perkerja dan pelajar. JP tidak menpersoalkan mereka yang duduk di tempat penumpang biasa kerana mereka membayar tambang yang serupa seperti kita juga. Apa yang JP terkilan, mereka dengan selamba turut memenuhi tempat duduk yang dikhaskan untuk OKU dan wargatua malah mereka yang berdiri agak kurang sopan,kasar dan bercakap kuat sesama sendiri, dengan bau badan yang menyeksakan orang lain.
Ketika tren yang JP naiki tiba di Stesen Tasik Selatan, ramai penumpang turun, JP bernasib baik kerana dapat tempat duduk setelah penumpang yang duduk di kerusi berhampiran tempat JP berdiri turun di stesen itu. Begitulah juga bila sampai di Hentian Serdang, ramai sekali penumpang yang turun dan tidak ramai penumpag yang naik.

Pengalaman pahit JP seterusnya bila tren tiba di Stesen Kajang. Sebaik tiba di stesen ini lebih kurang jam 7 ptg, pihak komuter mengumumkan yang perjalanan tren yang JP naiki itu akan tamat di stesen itu sahaja dan tren akan berpatah balik ke KL semula. Pihak komuter mengarahkan semua penumpang yang menghala ke Seremban turun dan menukar tren terkemudian yang akan tiba selepas itu. setelah menunggu di Stesen Kajang itu hampir 15 minit tren kedua dari KL tiba dan kali ini juga tren yang tiba setelah menurunkan penumpang berpatak balik ke KL, tidak meneruskan perjalanannya ke Seremban. Apakah alasan dan sebabnya tidak pula diberitahu.

Lebih kurang 45 minit kemudian, setelah diarah turun dan menukar tren barulah tiba tren yang dapat meneruskan perjalanan ke Hentian Nilai iaitu stesen distinasi JP. JP tiba di Hentian KTM Nilai, Jam 8.10 malam setelah lebih 2 jam dari waktu membeli tiket dan menunggu di Hentian Mid Valley. JP difahamkan perjalanan biasa Mid Valley-Nilai sepatutnya hanya mengambil masa 50 minit sahaja.

Pertanyaan bemain dalam kepala JP adakah perkara ini biasa berlaku dan di sengajakan olih pihak KTM untuk menampung kekurangan tren bagi mengangkut keluar penumpang yang agak ramai yang menunggu di Stesen2 Utama di pusat bandar KL ke Hentian di pinggiran?. JP yang hanya setahun sekali menggunakan komuter pun dapat merasai pengalaman seperti ini apatah lagi bagi penumpang-penumpang regular.

Tidak bolihkah pihak Komuter mengumumkan dan memberitahu kepada penumpang ke destinasi akhir laluan yang naik di hentian2 sebelum dari hentian yang pihak komuter bercadang hendak berhenti/tamat dan berpatah balik demi mengelakkan penumpang jauh tersesak2 dan membuang masa di stesen tempat mereka dipaksa turun?.Beritahulah lebih awal kepada penumpang yang tren akan berpatah balik/tamat bila tiba di stesen tertentu di separuh perjalanan sahaja tanpa meneruskan ke stesen terakhir laluan sebenar.

Pihak pengurusan KTM dan Kementerian Pengangkutan seharusnya mengkaji semula bagaimana caranya untuk menangani masalah kekurangan Tren Komuter di waktu puncak Jangan biarkan pengguna jarak jauh menjadi mangsa gara-gara tren berpatah balik di pertengahan jalan tanpa di maklumkan terlebih dahulu kepada penumpang. Jangan selesaikan masalah secara adhoc dengan hanya menyembunyi di bawah tikar yang nipis.

Rakyat sedang menunggu apakah keputusan KPI yang diberikan olih YAB DS Najib kepada Kementerian Pengangkutan dan menterinya. Adakah keputusan prestasi KPI Menteri pengangkutan sama seperti yang diberikan olih ahli MCA kepadanya sebagai presiden MCA.

Apapun 1Malaysia sedang menunggu tranformasi sistem Pengangkutan Awam di Lembah Kelang secara fisikal berubah kearah yang lebih cekap bukan hanya berligar merancang di bilik mesyuarat sahaja. Tak guna merancang dan mengumumkan belanjawan berbilion-bilion sedangkan keadaan harian tidak berubah malah bertambah teruk.

4 comments:

  1. perkhidmatan sektor awam masih kekurangan yang integrasi, polisi-polisi yang tidak konsisten dan prosedur pengendalian yang lemah...kesimpulan nye,ktm teruk...ERL sdn bhd jgak teruk..

    ReplyDelete
  2. limpahan pendatang asing di Malaysia juga sudah menjadi isu y sukar untuk diselesaikan.. apabila kita berjalan di kotaraya, kita ibarat berada di negara asing.. isu ni sgt serius

    ReplyDelete
  3. Kepada raimi dan umizue,
    Saya setuju dengan apa yang anda berdua katakan.Pehak berkuasa hendaklah lakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awam dan kebanjiran pendatang tanpa izin ini,untuk jangka panjang secara menyeluruh bukan hanya secara adhoc dan bermusim.

    ReplyDelete
  4. boleh saya panggil uncle? saya antara yang selalu guna ktm..tapi bukan lah hari2..memang macam tu lah setiap hari uncle..pernah saya praktikal di kl..sy dr kepong cntral ke stesyen kl sepatutnya lebih kurang 20 minit..tapi pernah sekali balik dari kerja dalam 5.30 saya sampai rumah pukul 8 lebih..bulan puasa..berbuka pukul 8 lebih la saya..tunggu tren penuh, tunggu lagi penuh..penuh yang dah memang tak boleh nak sumbat..saya rasa pengalaman praktikal tu yang meletihkan hanya lah perjalanan..pernah keluar rumah pukul7 sampai kl pukul 9 lebih..tren delay dan sebagainya..lagi yang amat menyedihkan, coach wanita jarang sekali takde kelibat lelaki..selalunya mesti ada lelaki..tak tahu la mereka ni tak faham bahasa ke apa..memang susah nak ubah pemikiran..

    ReplyDelete