Thursday, July 9, 2009

Pengajaran Sains Dan Matematik kembali semula Dalam Bahasa Melayu.

Kerajaan baru saja mengumumkan yang Pengajaran Pelajaran Matematik dan Sains akan kembali menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat bermula tahun 2012. Pengistiharan ini telah menimbulkan berbagai polimek dan perbahasan dikalangan orang ramai dari pelbagai peringkat dan status kedudukan, baik dari rakyat biasa maupun dikalangan pembesar, berpelajaran ataupun tidak.
Penulis tidak mahu menyentuh tentang apa agenda sebenar yang berselindung disebalik keputusan yang telah dibuat itu. Samada ianya untuk kepentingan politik atau memang bagi memperkemaskan kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu.Apa yang penulis nak berkongsi pengalaman di sini ialah apakah benar Pengajaran Matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dapat meningkatkan kemajuan Pelajar khasnya pelajar-pelajar peribumi di luar bandar.
pengalaman Penulis sebagai Pelajar kumpulan awal di akhir tahun 1960han mengambil SPM Sains Tulin (FIZIK, KIMIA dan Kajihayat) yang diajar dalam Bahasa Melayu bagi ketiga-tiga subjects amat memeritkan. Untuk lulus cemerlang bagi SPM ketika itu sangatlah susah tambahan pula guru-guru yang mengajar datang dari Indonesia dan soalannya pula disediakan oleh Pihak Cambridge Examination Boards dalam duibahasa.Di peringkat STP pula ramai antara kami yang kandas dari yang berjaya.
Kepayahan kami berterusan, apabila di peringkat awal kami memasuki Kolej dan Universiti terutama dalam bidang iktisas di mana rata rata kami tidak dapat menyesuaikan diri untuk memahami syarahan pembelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris baik di Universiti tempatan maupun yang belajar diluar negara. (kecuali UKM!!). Tidak hairanlah ketika di tahun pertama kebanyakan kami cuma sekadar lulus sahaja tetapi kemudian kami menjadi pelajar cemerlang di tahun-tahun seterusnya apabila kami dapat menyesuaikan diri dan menguasai bahasa Inggeris. Malah diperingkat Ijazah Lanjutan ada dikalangan kami yang mendapat PHD dari universiti-universiti terkemuka di US dan UK
Kini ramai diantara kami dari kumpulan awal Pelajar Sains Tulin Aliran Melayu ini sudah menjadi Pentabir dan Professor Kanan Universiti,Pengarah-pengarah di jabatan Pakar diSektor awam, jurutera,akitek, doktor, dan teknokrat yang berjaya.
Sebenarnya secara peribadi penulis berpendapat belajar sains dan matematik lebih senang dan mudah difahami dalam Bahasa Inggeris dan berpendapat ianya patut diteruskan terutama di peringkat sekolah menengah bagi semua sekolah di seluruh negara.

Tuesday, July 7, 2009

Premium Insurans Bagi Kenderaan Bermotor Yang Melebihi 10 Tahun Sangat Membebankan Pengguna.

Baru baru ini penulis hendak menyambung Insurans kereta penulis yang berumur 11 tahun bagi tujuan memperbaharui Cukai Jalan.Penulis agak terkejut apabila diberitahu olih pihak Wakil Insurans yang penulis tidak bolih lagi menyambung bayaran premium Insurans secara Pihak Ketiga (3rd party) pada masa ini sebagaimana yang diarahkan olih pihak PIAM.Tahun Lepas penulis telah membayar Premium Jenis Pihak Ketiga bagi kereta yang sama tanpa sebarang masalah.
Bagi memperbaharui dan menukar semula bayaran Premium secara Pihak Pertama (1st Party) penulis terpaksa membayar Premium yang agak tinggi dengan bayaran tambahan "Loading" 100% walaupun penulis sudah memiliki NCB 55%. Alasan yang diberikan, punca kenaikkan bayaran premium insurans dan bayaran 'loading'tersebut dikenakan ke atas semua kereta melebihi 10 tahun kerana kereta berkenaan sudah tidak ekonomi lagi dan mudah mengalami kemalangan.
Penulis berpendapat bagi kereta-kereta mewah dan kereta-kereta berjenama, walaupun sudah berumur melebihi 10 tahun keupayaan dan kondisinya masih lagi baik dan harga pasaran pun masih lagi melebihi harga Kereta Nasional yang baru(seperti mana harga pasaran dalam Senarai Rujukan Harga yang ada pada wakil Insurans tersebut). Alasan yang menyatakan secara rawak semua kereta melebihi 10 tahun mudah berlaku kemalangan tidak bolih diterima dan masih bolih disangkal.
Adakah pihak PIAM sudah membuat kajian dan menpunyai perangkaan perbandingan,berapa banyak kereta Mercedes,BMW, Volvo,dan yang sejenis dengannya yang melebihi 10 tahun terlibat dengan kemalangan berbanding dengan kereta biasa?.
Apakah Pihak berkuasa seperti BNM dan Kementerian Kewangan atau Menteri Kewangan sendiri tahu betapa susahnya rakyat biasa pemilik kenderaan bermotor yang melebihi 10 tahun, terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk menghadapi kenaikan dan bayaran wajib ini?. Wajib kerana tanpa bayaran insurans tidak dibenarkan untuk menperbarui Cukai Jalan kenderaan mereka.
Kalau betul kerajaan dengan "Slogan Rakyat didahulukan" kenapa perkara ini tidak dikaji dahulu sebelum diluluskan?.Penulis percaya selepas ini bertambah ramai pemilik kenderaan bermotor terutama pemilik motorsikal dan kereta lama diluar bandar yang merasai kesannya dan mungkin tidak membayar insurans dan cukai jalan kenderaan mereka.
Jangan salahkan rakyat kalau mereka masih lagi merasakan yang kerajaan MENGUTAMA INSTITUSI INSURANS dan mereka, RAKYAT belum lagi DIDAHULUKAN seperti yang dicogankan olih DS Najib.

Thursday, June 25, 2009

Susahnya kalau kereta anda mengalami kerosakan di Putrajaya dan di Cyberjaya.

Penulis sering menghantar isteri penulis yang berkerja di Jabatan Kerajaan di PuteraJaya dan anak gadis kami yang bekerja di Pejabat swasta di Cyberjaya.Kedua-dua mereka berulang alik dari rumah kami di Putra Nilai ke Pejabat masing-masing samada dihantar olih penulis atau dengan memandu sendiri kereta kerana ketiadaan pengangkutan awam disediakan dari Nilai/Salak Tinggi ke Putrajaya/Cyberjaya

Selama lebih empat tahun kami berulangalik ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu sudah dua kali kereta kami mengalami kerosakan kecil.Kali pertama berlaku di Petrol Station Petronas berhampiran Cyberview, di Cyberjaya dimana kereta saya tidak bolih dihidupkan sebaik sahaja kami selesai mengisi petrol di station itu.Sebagai seorang jurutera walaupun bukan dalam bidang Automotif penulis yakin kerosakan ini berpunca dari bateri atau power supply.Memandangkan ketika berlaku kejadian itu baru sahaja jam 830 pagi dan di kawasan Cyberjaya serta Putrajaya tidak ada Bengkel membaiki kereta, kami terpaksa menunggu teksi atau bus untuk ke begkel2 kereta terdekat yang hanya ada di Bangi, serdang,Dengkil atau Salak Tinggi.

Tahukah anda rupanya tiada perkhidmatan bus awam terus di antara Cyberjaya ke Pejabat-pejabat kerajaan di Persint 1 dan Persint 2 di puterajaya. Manakala teksi pula saya terpaksa menunggu lebih dari satu jam baru ada yang melintas.

Berbalik kepada kerosakan kereta kami, penulis terpaksa membayar kos kerja luar ( o/station) yang dkenakan olih formen dari Bangi hampir sama dengan harga bateri yang dibeli.Mengikut formen tersebut beliau terpaksa mengenakan cas tambahan kerja luar kerana di Cyberjaya dan Putrajaya memang tidak ada satupun bengkel membaiki kereta.Kalau ada pun hanya yang jenis di bangsal seperti bengkel dalam filem pendekar atau jenis bawah pokok di Kg Baginda di kawasan Gate 1 Puterajaya.

Pertayaan Penulis kepada Pihak berkuasa atau Perbadanan Putrajaya atau Putrajaya Holding apakah betul di Putrajaya dan Cyberjaya tidak dibenarkan diadakan bengkil membaiki kereta?.Kalau betul kenapa?.Mengapa tidak diadakan tempat khas untuk mereka disudut-sudut tertentu atau benarkan disemua premis Petrol station yang sedia ada di sana bagi membantu pemilik kenderaan yang menghadapi masalah ketika berada dalam kedua-dua bandar ini.

Penulis yakin bukan semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang tinggal atau bertugas di kedua-dua bandar ini dan juga pemandu kereta persendirian yang berkereta kesana memiliki kenderaan baru atau yang tidak pernah rosak atau tidak perlu dibaiki?. Bukan semua kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas dan tinggal di sana menpunyai pemandu atau pembantu khas atau setiausaha yang bolih menguruskan bagi membaiki kerosakan kereta mereka. Malah bukan semua mereka pandai dan tahu mengenai kerosakan kereta dan mampu membayar kos kerja luar yang tidak sepatutnya yang dikenakan kepada mereka. Penulis diberitahu ada pemilik/pemandu wanita yang keretanya rosak tidak bolih dihidupkan terpaksa menbayar kos yang tinggi kerana memanggil formen datang untuk membaiki kerosakkan tersebut yang hanya berpunca dari kepala beteri yang longgar. Satu Malaysia,pencampaian diutamakan dan rakyat didahulukan?.

Thursday, May 7, 2009

Perkhidmatan Terbuka Untuk Pegawai Tinggi Awam,GLC Dan Swasta.

1) Baru-baru ini YAB Perdana Menteri DS Najib ada menyuarakan yang kerajaan berhasrat untuk membuka Jawatan Utama Sektor Awam kepada cerdik pandai Rakyat Malaysia yang cemerlang bagi meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan dalam sektor awam.Sudah sampai masanya Jawatan Utama dan Ketua Jabatan dalam Sektor Awam (Persekutuan atau negeri), Badan Berkanun dan Kerajaan Tempatan dibuka juga kepada pegawai profesional dan iktisas lain, selain dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

2) Pada masa ini Jawatan Datuk Bandar,YDP dan Timbalan YDP bagi Bandaraya,Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah hanya dimonopoli olih Pegawai PTD sahaja.Sudah tiba masanya jawatan tersebut juga dibuka kepada pegawai profesional lain saperti Jurutera, Akitek, Jurukur,Jurunilai, Pegawai Perancang Bandar atau Pegawai undang-undang.Pada masa lalu kebanyakkan pegawai profesional dalam perkhidmatan Kerajaan Tempatan dan Badan Berkanun, walau cemerlang macam mana pun hanya akan berpencen sebagai pengarah di bahagian atau di jabatan masing2 tanpa di beri peluang untuk naik ke jawantan tertinggi seperti Datuk Bandar, YDP dan Ketua Pengarah Jabatan.

3) Tidak hairanlah ramai pegawai Profesional yang cemerlang seperti Jurutera, doktor,Akitek,Pegawai Perancang,Akauntan dan Peguam meninggalkan perkhidmatan mereka dalam kerajaan kerana mereka sudah nampak laluan kepuncak telah pun ditutup untuk mereka.

4) Bagi Jawatan KSU dan TKSU di Kementerian seperti Kementerian Kerjaraya,Pendidikan Tinggi,Pelajaran dan kesihatan bukalah juga peluang kepada Pegawai Profesional di Kementerian yang berkaitan untuk menjawatnya.Apakata KSU di Kementerian Pengajian Tinggi ditawarkan juga kepada Pegawai cermerlang dari Universiti atau dari JPT.KSU Kementerian Kerjaraya juga diberikan kepada Pegawai Cemerlang dari JKR dan KSU Kem Kesihatan ditawarkan juga kepada pegawai kesihatan samada dari Kementerian kesihatan,dari Fakulti Perubatan di Universiti2 atau kepada pengamal perubatan terkemuka dari sektor swasta.

5) Kita yakin Pegawai profesional bolih menerajui Kementerian atau Kerajaan Tempatan atau Badan Berkanun dengan cekap berdasarkan kepada kejayaan mereka dalam mengendalikan syarikat GLC dengan cemerlang.Cuba kita bandingkan syarikat kerajaan dan GLC yang diterajui oleh pegawai profesional dengan pejabat Daerah dan Tanah yang dikendalikan olih PTD atau Pegawai Perkhidmatan Negeri.Pengalaman anda semua dalam berurusan dengan pehak kerajaan tempatan,pejabat Tanah atau pejabat Daerah akan memberi jawapannya dengan sendiri.

Thursday, April 2, 2009

Kelewatan Pembinaan Projek-Projek Kerajaan Kenapa Hanya Kontraktor Dipersalahkan?

1) Kita selalu diuar-uarkan yang projek A lewat kerana kontraktor salah urus, projek B pula terbengkalai kerana kontraktor tidak cukup wang dan tiada pengalaman manakala projek C tertangguh kerana kontraktor telah lari.Banyak lagi tomohan-tomohan nagetif dengan hanya menyalahkan kepada kontraktor bagi sesuatu projek khasnya projek-projek kerajaan yang terlewat disiapkan.Jarang sekali kita dengar jawapan balas dari kontraktor seolah-olah mengiakan sahaja segala tuduhan ke atas mereka.

2) Kebanyakkan kontraktor terutama kontraktor berkelas kecil tidak menjawab tuduhan yang dilimparkan ke atas mereka secara terbuka kerana jika berbuat demikian berbagai tekanan akan mereka terima malah akan merumitkan lagi keadaan.Mereka lebih suka menjawab tuduhan yang dilimparkan itu secara tertutup kerana banyak hati yang perlu dijaga demi masa depan mereka dalam industri ini.

3) Tidak dinafikan ada projek yang terbengkalai kerana kecuaian kontraktor tapi adakah kita diumumkan secara telus apakah jenis dan siapa kontarktor tersebut.Masaalahnya banyak juga kontraktor di negara ini yang lahir dalam masa semalaman,mendapat lesen segera dan dianugerahkan projek besar secara rekabina dan runding terus.Akhirnya menyerahkan pelaksanaan projek kepada pihak lain dan tidak hairanlah kalau projek itu bermasaalah.
4) Kadangkala ada pula kes kontraktor itu berwibawa tetapi dengan adanya jalinan kabel yang kuat dengan pihak berkuasa,mereka mendapat banyak projek dalam sesuatu masa.Dengan longgokan kerja yang terlalu banyak dan melebihi kapasiti dan kemampuannya akan menimbulkan masaalah.

4) Dakwaan menyatakan kelewatan sesuatu projek disiapkan kerana kontraktor tidak cekap bukan semuanya betul.Kita harus akui pihak berkuasa/kerajaan juga bersalah dalam menyebabkan kelewatan sesuatu projek tertentu.Ketelitian memilih tapak projek yang sesuai,memilih perunding yang cekap dan pengalaman,kelewatan menyerah tapak projek dan kelulusan rekabentuk adalah diluar bidang kuasa kontraktor dan ini juga punca utama kelewatan sesuatu projek.

5)Kerajaan sepatutnya menpunyai badan pemantau yang bebas dan menpunyai kuasa bertindak,menpunyai pengalaman pengurusan projek dan pengetahuan teknikal untuk membuat pemantuan pembinaan projek2 kerajaan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.Pemantuan tidak semestinya kepada kontraktor sahaja malah untuk semua pehak terlibat seperti pemilik projek,pemaju,pembiaya projek (Pay Master),pengurus projek,dan juga semua perunding projek.

6) Tempoh untuk perunding mendapat projek brief dari klien/pemilik projek,tempoh bagi perunding mendapat persetujuan Pelan Rekabentuk Awal dari pemilik, tempoh bagi perunding menyiapkan rekabentuk dan dokumen, tempoh bagi perunding mendapat kelulusan rekabentuk terperinci keseluruhan juga hendaklah dipantau dan ditentukan.Adakala tertentu tempoh untuk mendapat persetujuan pelan awal dari klien memakan masa yang lebih lama dari perunding membuat pelan tersebut.Keadaan ini lebih merumitkan lagi kalau pelan pelan tersebut adalah untuk kerja2 pindaan (VO) semasa projek yang sedang berjalan. Setiap kelewatan akan menyebabkan kos dan seterusnya mengakibatkan rantaian masaalah lain pula.

7) Dalam kes2 tertentu ada juga projek yang terbengkalai kerana pihak pemaju tidak menpunyai cukup wang.pemilik tukar pelan dan pinda rekabentuk serta fungsi kegunaan bangunan . Bila projek ditender mereka menerima bidaan yang terendah jauh lebih tinggi dari kos yang dianggarkan.Peruntukan yang mereka ada tidak mencukupi.Kadang kala ada juga kes kontraktor lambat mendapat bayaran kerja melebihi dari tempoh yang diperuntukan dalam kontrak.Sebelum ini kontraktor jarang sekali merungut secara terbuka dalam hal kelewatan mendapat bayaran ini.HANYA AWAL TAHUN INI kita dengar mahkamah mengarahkan JKR MELAKA DISITA KERANA DISAMAN OLIH SEBUAH SYARIKAT PEMBINAAN BAGI BAYARAN KERJA YANG TIDAK DITERIMANYA.
Adakah ini kesalahan kontraktor juga?

Friday, February 27, 2009

Kenaikkan Kadar Tol Bagi 5 Lebuhraya-BN nak Bunuh Diri?

1) Ketika kebanyakkan rakyat sedang menderita dengan kesukaran dan kepayahan mencari nafkah untuk hidup, Pak Menteri dengan senyum lebar mengumumkan kadar bayaran untuk 5 lebuhraya akan dinaikkan berkuatkuasa 1 mac nanti.

2) Dengan pengumuman tersebut, menguatkan lagi telahan rakyat yang kerajaan BN hari ini tidak peka dengan keadaan ekonomi global semasa malah tidak mahu menjadikan agenda pemulihan ekonomi negara sebagai satu keutamaan.Kerajaan dan juga pembangkang masih lagi mengutamakan isu2 politik dan kepentingan kumpulan minoriti peniaga besar sahaja berbanding dengan penyelesaian ekonomi rakyat terbanyak secara menyeluruh.

3) Kita harap pengumuman kenaikkan kadar tol ini tidak akan menjadi sejata makan tuan bagi BN.Dengan PRK bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau bulan depan, nampaknya pengumuman ini seolah-olah BN sedang merancang untuk membunuh diri sebelum dibunuh lawan.

4) Kerajaan BN mengumumkan yang kerajaan tidak bolih berbuat apa2 melainkan dengan menaikkan kadar tol ini atau membayar pampasan beratus juta kepada pemilik konsesi,kerana ianya sudah termaktub dalam perjanjian konsesi dengan pemilik Lebuhraya tersebut.

5) Untuk makluman kerajaan, hanya QURAN sahaja yang tidak bolih diubah!!. Kenapa perjanjian konsesi ini tidak dikaji semula dalam keadaan semasa yang sedang gawat ini?. Lagi pun pemilik konsesi Lebuhraya2 tersebut adalah syarikat2 GLC dan badan2 milik kerajaan sendiri walaupun ianya disenaraikan di Bursa Malaysia.

6) Kenapa cara Kerajaan BN hari ini masih lagi memerintah dan membuat keputusan dengan gaya pemerintahan selama 50 tahun yang lampau dan menganggapkan apa yang disuapkan kepada rakyat akan ditelan semuanya.Rakyat Malaysia hari ini sudah ramai yang bijak malah lebih bijak dari kalangan pak menteri sendiri .Setiap keputusan dan langkah kerajaan sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat.Rakyat dengan mudah dapat membaca setiap keputusan yang dibuat dan alasan-alasan yang diberi olih kerajaan baik yang tersurat maupun yang tersirat samaada untuk kebaikkan rakyat terbanyak atau untuk kepentingan siapa?.

7) Kepada kerajaan BN, bertindaklah segara sebelum terlambat kalau mahu hidup memerintah lagi. Bertindaklah dengan bijak dalam membuat keputusan dan keutamaan mengikut kesesuaian, cara,tempat dan masa di alah Melinium ini.

Thursday, February 5, 2009

PKR Merancang BN Yang Mendapat

1) Semua orang kampung dah tahu!!. YB DSAI selama ini yang mencanang dan telahpun kehulu kehilir menguar-uarkan yang beliau sudah mendapat sokongan sejumlah MP dari BN untuk melompat kepada parti PKR, cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai sahaja untuk diumumkan.Masa dan ketika yang dijanjikan telah berubah ubah masih lagi ditunggu semua. Rata rata pemimpin dalam PKR dengan megahnya menyokong tindakan YB DSAI dalam usaha memujuk MP dari BN untuk melompat parti tanpa menpersoalkan isu intergriti atau perinsip demokrasi.

2) Kenapa PKR dan pemimpin2nya gelabah dan baru hendak mempersoalkan mengenai maruah dan perinsip apabila terkena batang hidung sendiri?. Bila ADUN Pakatan Rakyat, Perak keluar dari parti dan menyokong BN baru hendak mengadah?.

3) BN dituduh merompak ADUN PKR bila ADUN PKR itu telah menukar haluan menyokong BN dan menuduh BN tidak bermaruah kerana menerima mereka.PKR telah lupa yang PKRlah yang beria-ia sebelum ini mengatur strategi yang serupa.

4) Kenapa mengelabah bila rusa yang dijerat tak dapat, kijang dikurungan terlepas lari?.